fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Sabah tuai emas sepak takraw wanita

Foto BERNAMA

BINTULU, 17 Ogos-Skuad sepak takraw wanita Sabah membuktikan mereka sukar untuk ditewaskan apabila berjaya meraih pingat emas selepas menewaskan Sarawak 3-0 dalam perlawanan terakhir liga sepusingan Sukma 2024.

Kemenangan berkenaan membolehkan Sabah mengutip keseluruhan lapan mata untuk mengungguli saingan yang berlangsung di Stadium Muhibbah di Bintulu, Sarawak.

Dalam saingan tersebut Regu A, B dan C Sabah mempamerkan aksi cemerlang untuk mengesahkan pingat emas.

Pencapaian itu juga, membolehkan Sabah muncul antara pasukan terkuat dalam sukan sepak takraw di peringkat kebangsaan.

Pada edisi Sukma 2022, pasukan wanita Sabah merangkul tiga emas menerusi kategori beregu, regu dan quadrant.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD