fb fb fb fb fb

Stor simpan peralatan rumah terbakar di Kuching

FOTO JBPM SARAWAK

KUCHING, 31 Mei- Sebuah stor penyimpanan peralatan rumah di Kuching dilaporkan mengalami kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar premis tersebut malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Awang Saifull Awang Nusi, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam apabila api dipercayai mula marak di bahagian atas premis sebelum memusnahkan keseluruhan barangan di dalam stor tersebut.

Pihak bomba yang tiba di lokasi sekitar 25 minit kemudian berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian utama kilang yang terletak di tingkat bawah.

Sebanyak dua jentera bersama 20 anggota dikerah ke lokasi dan api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit.

Kejadian yang berlaku di Jalan Penrissen Batu Tiga itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE