fb fb fb fb fb

Stoking kalimah Allah, 11 laporan diterima polis Johor

Ketua Polis Johor, CP M Kumar / Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 19 Mac - Polis Johor menerima 11 laporan berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di seluruh negeri itu.

Ketua Polis Johor, CP M Kumar berkata kes tersebut kini dibawah pemantauan dan siasatan polis Bukit Aman.

Beliau turut menasihati masyarakat untuk tidak melakukan sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan telus.

"Saya mengambil kesempatan ini menasihati semua orang supya tidak mengambil tindakan menyertai sebarang perkumpulan untuk penyerahan memorandum dan pihak kilang telah menerima memorandum tersebut," katanya pada sidang media selepas meninjau Tapak Bazar Ramadan Plaza Angsana, di sini.

Terdahulu di Batu Pahat, polis menemui lima pasang stoking di sebuah kilang di Sri Gading.

Menerusi serbuan itu, tiada penemuan stokin baharu di dalam 16 bekas berisi 18,800 pasang stoking.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN