KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Susulan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa berpotensi mencapai status ‘ tua’ menjelang 2030 apabila 15.3% populasi berusia 60 tahun ke atas.
Persoalannya adakah Malaysia sudah bersedia?
Yang jelas, masih banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan bermula di peringkat polisi sehingga infrastuktur dan paling penting ialah kesedaran kesihatan.
"Kita perlu tekankan sedikit dari aspek kesihatan, membuat banyak lagi program kesedaran kesihatan pada mereka supaya mereka kekal sihat. Jangan sampai masuk hospital dan membebankan keluarga mereka dan sebagainya," kata Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Kebangsaan, Datuk Dr. Kannan.
(Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa berpotensi mencapai status ‘ tua’ menjelang 2030
apabila 15.3% populasi berusia 60 tahun ke atas)
Bagi Pengasas Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Muhi Sulaiman, faktor paling penting ialah mewujudkan infrastruktur yang boleh mengaktifkan warga emas, kecerdasan otak dan aktiviti fizikal.
"Malaysia sepatutnya ada satu pusat yang menyediakan tempat untuk warga emas menjalankan aktiviti. Geotorologi dah ada dah di Malaysia. Tapi bagi saya petempatan untuk warga emas amat berkurangan. Kalau ada peruntukan Malaysia boleh sediakan satu tempat dan menyediakan warga emas macam token la untuk kehidupan dia," kata Pengasas Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua, AL-Ikhlasmuhi Sulaiman,
Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng pula mencadangkan kerajaan supata melihat dari sudut menyediakan warga emas yang aktif dan mampu menyumbang kepada negara.
(Kuan Chee Heng mencadangkan kerajaan supata melihat dari sudut menyediakan
warga emas yang aktif dan mampu menyumbang kepada negara)
"Kita lihat juga peluang-peluang pekerjaan perlu diberikan. Satu pelan sistematik perlu diadakan untuk memberi bantuan kepada mereka yang telah pun pencen. Penjawat-penjawat awam yang telah pencen merupakan aset negara, tetapi mereka dibiarkan selepas bersara. Adakah kerajaan akan terus beri peluang untuk berkhidmat untuk negara..itu adalah penting," kata Kuan.
Tambahnya, Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini perlu mengambil kira perancangan jangka panjang berhubung penjagaan warga emas, seperti pemberian insentif khas bagi mengurangkan beban kewangan.
Wartawan Mohan Chinnasamy.