fb fb fb fb fb

SSPA mereformasi kualiti perkhidmatan sektor awam kepada rakyat- KPPA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal dilaksana pada 1 Disember ini merupakan satu titik tolak bagi mereformasi kualiti perkhidmatan sektor awam kepada rakyat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, menerusinya jentera kerajaan kini perlu mempertingkat disiplin, kecekapan dan produktiviti kerja.

"Ini merupakan satu titik tolak memulakan langkah baru dari segi produktiviti, disiplin dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Penjawat awam perlu berubah dari acuan sebelum ini kepada acuan baharu.

"Kita tidak mahu lagi ada keluh kesah daripada rakyat berkaitan perkhidmatan yang diberikan pegawai kerajaan, dari peringkat bawah sehingga ke atas," katanya kepada media selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan SSPA berkuat kuasa mulai 1 Dis 2024.

SSPA adalah inisiatif kerajaan untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dengan fokus pada peningkatan produktiiti perkhidmatan awam, menangani pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup serta mengukuhkan kemampanan fiskal negara.

ROSLINA BINTI DIN