fb fb fb fb fb

SPRM tahan empat pegawai berkaitan bekas PM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan mengesahkan penahanan empat pegawai terbabit dan sudah mendapatkan perintah reman ke atas mereka di Mahkamah Putrajaya semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Irza Zulaikha untuk lima hari bermula Jumaat lalu untuk tiga individu manakala seorang lagi direman tiga hari dan dibebaskan hari ini.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 16A Akta SPRM.

Dalam pada itu, beliau memohon supaya pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM