KUALA LUMPUR, 26 November -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau turut memberi jaminan siasatan akan dijalankan tanpa sebarang campur tangan pihak luar.
"Saya menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.
"Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan integriti, serta memberi sepenuhnya ruang kepada proses siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang,," katanya.
Semalam, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengumumkan peletakan jawatannya, dengan surat berkenaan sudah diserahkan kepada Perdana Menteri.
ARTIKEL BERKAITAN
Shamsul Iskandar umum letak jawatan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri