SPR diundang pemerhati dalam proses pilihan raya Thailand, Bangladesh

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR 5 FEBRUARI – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima jemputan bagi menjalankan pemerhatian terhadap pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) di Thailand dan Bangladesh yang dijadualkan berlangsung pada Februari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPR menerima jemputan untuk menjalankan pemerhatian PRU di Thailand dan Bangladesh pada Februari.
  • Program itu bertujuan perkukuh kerjasama antarabangsa dan perkongsian amalan tadbir urus pilihan raya terbaik.
  • Delegasi SPR ke Bangladesh diketuai Pengerusi; wakil pegawai pengurusan akan ke Thailand.

Menurut SPR, PRU Thailand akan diadakan pada 8 Februari, manakala Bangladesh pula dijadualkan mengadakan PRU pada 12 Februari.

“Penyertaan SPR dalam kedua-dua proses pilihan raya antarabangsa itu selaras dengan komitmen berterusan SPR dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, di samping memperkasa tadbir urus pilihan raya melalui perkongsian pengalaman serta amalan tatakelola terbaik.

“Program pemerhatian tersebut turut mencerminkan tahap kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia, khususnya SPR, sebagai sebuah institusi pengurusan pilihan raya yang berwibawa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, delegasi SPR ke Bangladesh akan diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun, manakala Thailand pula akan diwakili oleh pegawai pengurusan suruhanjaya terbabit.

SPR percaya bahawa interaksi dan dialog bersama badan pengurusan pilihan raya dari negara lain mampu menyumbang kepada usaha penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan pilihan raya di Malaysia.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan