fb fb fb fb fb

Sophia Ibrahim terima sumbangan daripada Perdana Menteri

Sophia Ibrahim (kanan) menerima kunjungan daripada Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan Fauzi/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Seniwati Negara Safiah atau Sophia Ibrahim, 75, yang dikhabarkan mengalami katarak mata sehingga mengganggu fungsi penglihatan.

Anwar menerusi perkongsian di Facebook berkata, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya.

"Beliau perlu segera menjalani prosedur pembedahan mata bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.

"Justeru, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan," tulisnya menmerusi hantaran itu.

Pada masa sama beliau turut berharap pembedahan Safiah berjalan lancar dan lekas diberi kesembuhan.

Safiah pernah membintangi filem Dr Rushdi di samping seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Selain itu beliau juga pernah membintangi filem Imam, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI