fb fb fb fb fb

SOP mengundi pesakit COVID-19 diketahui selewat-lewatnya 31 Oktober

(Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merasmikan program “Putrajaya Pink October Fun Walk” di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 29 Oktober- Keputusan berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) melibatkan Individu positif COVID-19 keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diketahui selewat-lewatnya 31 Oktober ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beberapa kaedah telah dicadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya ia diadakan dalam keadaan 'Covid-19 safe election'.

Antara cadangan yang dikemukakan termasuk laluan mengundi berbeza, khemah asing, dan pemakaian pelitup muka.

"Jadi kita akan menasihati SPR untuk melihat bagaimana kita boleh asingkan pesakit-pesakit yang positif. Pertama, samada caranya asingkan laluan, atau asingkat tempat undi satu lagi pilihan, kes yang positif datang ke khemah KKM dan kita pastikan mereka ada pelindung dan sebagainya baru kita bawa pesakit ke tmpat mengundi, tidak payah beratur. Ini dua kaedah yang masih kita bincang,"katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program “Putrajaya Pink October Fun Walk” di Putrajaya.

Terdahulu, KKM memaklumkan, Individu yang positif COVID-19 dengan tahap kesihatan yang tidak kritikal akan dibenarkan mengundi pada PRU15.

Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi semua SOP kesihatan yang akan ditetapkan oleh SPR nanti.


(Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ditemui media selepas merasmikan

program “Putrajaya Pink October Fun Walk” di Putrajaya)

Media Baharu