fb fb fb fb fb

PRU 15 : Syarikat penerbangan diminta tambah kekerapan penerbangan, pastikan harga tiket terkawal

(Foto Hiasan)

BATU PAHAT, 29 Oktober- Syarikat penerbangan diminta menambah frekuensi penerbangan bersempena Pilihan Raya Umum, ke -15, PRU 15, bagi memastikan harga tiket terkawal dan dapat dikurangkan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, waktu operasi di lapangan terbang juga boleh dilanjutkan sehingga tengah malam, sepanjang musim pilihan raya kali ini.

Katanya, syarikat penerbangan perlu berlaku adil kepada pembeli terutama mahasiswa yang kebanyakannya memilih membeli pada harga murah.

Justeru, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Mavcom perlu menggiatkan pemantauan harga-harga tiket dan jadual penerbangan bagi membolehkan ramai rakyat dapat pulang untuk mengundi.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terdahulu menghadiri Hari Sukan Negara Daerah Batu Pahat dan pemberian Bantuan Lesen Keluarga Malaysia, BLKM di SMK Suria Perdana, Batu Pahat, Johor.

Bagi pengangkutan darat, pihaknya memberi jaminan, semua bas mencukupi untuk digunakan bagi perjalanan pergi balik sepanjang tempoh itu.


(Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada sidang media selepas menghadiri Hari Sukan Negara Daerah Batu Pahat d

an pemberian Bantuan Lesen Keluarga Malaysia, BLKM di SMK Suria Perdana, Batu Pahat, Johor)

Media Baharu