fb fb fb fb fb

SMART sedia berdepan sebarang bencana

PUCHONG, 11 Oktober- Seramai 125 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan digerakkan untuk membantu mangsa yang berdepan banjir akibat peralihan Monsun Timur Laut, bulan depan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, Meor Ismail Meor Akim, SMART sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Keyakinannya jelas memandangkan, anggota SMART terdiri daripada tiga agensi keselamatan utama negara iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).

"Mengikut keperluan sebab mereka kira macam lebih 'advance' daripada yang lain, mereka ada keperluan yang lebih kritikal dari segi tempat yang lebih sukar ini adalah kelebihan mereka. Mereka semua boleh digerakkan tiada masalah, mereka juga boleh bertugas di air, dalam gelap, dalam gua dan sebagainya sebab mereka dilatih untuk bangunan, bencana bukan banjir sahaja," katanya.


(Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, Meor Ismail Meor Akim)

Meor berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Komander dan Pemeriksaan "Personel Protective Equipment" (PPE) pegawai dan anggota SMART di Padang Kawad, Markas Pasukan SMART di Puchong Selangor.

Sementara itu bagi Pemangku Komander SMART, Abdul Manaf Che Isa, pihaknya mempunyai aset yang mencukupi, terkini serta mampu digerakkan terus pada bila-bila masa.

"Kami mempunyai aset yang cukup dan baik bersiap sedia pada bila masa iaitu ada 10 buah trak dan 10 buah bot pelbagai guna dan kami mempunyai kenderaan khas ATV (all train vehicle) sebanyak enam unit dan juga kami mempunyai kenderaan berat bagi menangani sebarang bentuk bencana melibatkan keruntuhan struktur semasa berlakunya banjir," ujarnya.


(Pemangku Komander SMART, Abdul Manaf Che Isa)

Sejak penubuhannya pada tahun 1995, pasukan SMART buat pertama kali melibatkan tiga penyertaan anggota wanita dalam pengoperasiannya kali ini.

Kehadiran anggota wanita dalam pasukan itu khusus bagi memudahkan tugas-tugas menyelamat membabitkan mangsa wanita.

Media Baharu