fb fb fb fb fb

SKMM tidak sekat, padam 'content' TikTok Sanusi

(Muhammad Sanusi Md Nor)

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan tiada sebarang arahan diterima untuk menyekat akaun TikTok rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ini berikutan susulan dakwaan Muhammad Sanusi bahawa akaun TikTok miliknya sudah dipadam oleh kerajaan tetapi masih boleh diakses di luar negara.

"SKMM meneliti kenyataan Muhammad Sanusi yang menuduh kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok beliau. SKMM mengesahkan tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini," katanya dalam kenyataan.

SKMM menjelaskan, platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.

Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik boleh menganggu keharmonian dalam komuniti.

(TikTok)

Media Baharu