fb fb fb fb fb

Sistem penggal tetap Parlimen, lebih praktikal dan jimat kos - YDP Dewan Rakyat

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 28 September - Sistem penggal tetap Parlimen lebih praktikal sekiranya mahu dilaksanakan di negara ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata sistem seumpama itu bukan sahaja membantu memudahkan urusan pilihan raya, malah menjimatkan kos.

Katanya, sistem itu juga akan memberi ruang kepada pihak bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugas dengan lebih rapi dan tersusun.

(Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun)

"Saya pernah di SPR, ini secara praktikal bukan politik. SPR waktu itu saya lebih suka penggal tetap, sebab bila penggal tetap SPR boleh sedia. Bila tiada penggal tetap dan apa yang kita panggil pilihan raya mengejut, maka tidak boleh bersedia dan tidak tahu bila hendak bersedia.

"Jadi kita kena teka...kena latih. Jika latih 90,000 pekerja pilihan raya awal sangat dan pilihan raya itu tidak berlaku, perlu latih lagi sekali sebab lupa.Kita latih 90,000 itu semasa mereka mempunyai masa, tiba-tiba apabila dipanggil pada tarikh yang mereka tidak sangka, mereka tidak dapat beri komitmen, saya perlu cari lagi 40,000 orang,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Media di Parlimen.

Tambah Azhar, SPR juga mempunyai masa selama enam bulan untuk merancang dan bersedia dari segi penggunaan tempat mengundi berbanding pilihan raya mengejut.

Media Baharu