fb fb fb fb fb

SIRIM peruntuk RM100 juta bantu 20,000 usahawan IKS terjejas akibat COVID-19

(FOTO HIASAN)

JOHOR BAHRU, 12 September - Sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan SIRIM Berhad bagi membantu 20,000 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh negara yang terjejas akibat COVID-19.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata bantuan tersebut dapat membangunkan kembali industri terlibat dan berjaya menjana pendapatan sehingga RM7 billion.

Katanya, usahawan IKS perlu dibantu memandangkan industri tersebut merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara.

(Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad)

"Sebanyak 20,000 syarikat kita sudah bantu selepas dari pandemik dan kita juga ada beberapa geran-geran daripada agensi berkaitan bagi membantu agensi-agensi ini.

"Disinilah kita, kerjasama kerajaan negeri bagi memulihkan semua industri yang terlibat dan kita melihat satu hingga dua tahun yang terakhi, banyak industri yang telah dibangunkan dan kembali maju berbanding dahulu," katanya dalam sidang media selepas Program Keterlibatan SIRIM bersama industri di Persada Johor, di sini.

Tambah Ahmad, SIRIM juga mengambil pelbagai langkah untuk mempertingkatkan usaha membantu perkembangan industri melalui program-program teknologi perindustrian dan kualiti.

Media Baharu