fb fb fb fb fb

Sinematografi lagenda, Zainal Abidin Othman meninggal dunia

Allahyarham Zainal Abidin Othman selamat dikebumikan di Jeram, Selangor selepas Asar

KUALA SELANGOR, 12 Februari- Sinematografi lagenda tanah air, Zainal Abidin Othman menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi paru-paru pada umur 77 tahun.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan jenazah selamat dikebumikan di Jeram, Selangor selepas Asar.

Allahyarham yang juga bekas Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak tahun 1969 dan berkhidmat di program Bakat TV pada tahun 1971.

Puluhan filem terkenal hasil beliau telah dipaparkan di pawagam dan kaca televisyen sejak tahun 1970an lagi.

Antaranya Anna & The King, Anak Mami, Mami Jarum, Abang, Baginda, Mistik, Rahsia Sutera Putih dan banyak lagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, serta dua orang anak perempuan.

ROSLINA BINTI DIN