fb fb fb fb fb

Sesat di Gunung Matchincang, dua lelaki Singapura ditemui selamat

Dua lelaki warga Singapura ditemui selamat selepas dilaporkan tersesat di Gunung Matchincang

LANGKAWI, 30 Disember- Dua lelaki warga Singapura yang dilaporkan tersesat di Gunung Matchincang, di sini ditemui selamat awal pagi tadi.

Pendaki Wang Cheng Kang 23 tahun dan Li Shuen Qi 25 tahun dilaporkan tersesat di atas gunung berkenaan ketika melakukan aktiviti mendaki pada pukul 12.02 minit tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba Padang Matsirat Langkawi, Pegawai Bomba Tinggi II Mohammad Zaidi Md Lazim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 10.28 minit malam tadi.

Dengan kekuatan lapan anggota dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis bantuan Panorama Langkawi, malim gunung dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kedua pendaki itu ditemui selamat pada pukul 2.48 minit pagi tadi.

Kedua-dua mereka berjaya dibawa turun pada pukul 4.36 minit pagi dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Operasi pencarian ditamatkan ada pukul 4.51 minit pagi tadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI