fb fb fb fb fb

Seramai 6,954 graduan ILJTM seluruh negara terima diploma lanjutan, diploma dan sijil

6,954 graduan dari Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara terima Diploma lanjutan, Diploma dan Sijil

BANGI, 17 Ogos- Seramai 6,954 graduan dari Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara telah menamatkan pengajian dan layak dianugerahkan diploma lanjutan, diploma dan sijil pada istiadat konvokesyen kali ke-27 tahun ini.

Daripada jumlah itu seramai empat orang menerima diploma lanjutan, diploma (2,411) dan sijil (4,539).

Istiadat konvokesyen yang diadakan di Bangi Avenue Convention Center selama dua hari bermula 17 hingga 18 Ogos itu dirasmikan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Tema istiadat konvokesyen pada tahun ini ialah 'Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakan Masa Hadapan.'

Graduan yang diraikan terdiri daripada 32 kampus ILJTM di seluruh negara iaitu daripada Institusi Teknikal Jepun-Malaysia, lapan kampus Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 23 kampus Institusi Latihan Perindustrian (ILP).

Graduan berkenaan termasuk program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di ILJTM dalam 10 bidang kluster TVET iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, sivil, elektronik, kimpalan, pembuatan, percetakan, pengangkutan, pengeluaran produk, penyelenggaraan elektrik dan perkhidmatan kejuruteraan.

Sehingga kini, ILJTM telah berjaya mengeluarkan 232,096 graduan sepenuh masa dan mereka merupakan pekerja berkemahiran yang menyumbang kepada pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI