fb fb fb fb fb

Separuh jemaah haji selesai laksanakan Nafar Awwal

Foto RTM

MEKAH, 18 Jun- Lebih separuh daripada keseluruhan 31 ,600 jemaah haji Malaysia selesai melaksanakan nafar awwal iaitu melontar jamrah pada dua daripada tiga hari Tasyrik.

Manakala baki jemaah Malaysia akan menyempurnakan Nafar Thani iaitu melontar jamrah pada ketiga-tiga hari tasyrik sehingga esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, proses melontar bagi jemaah Malaysia berjalan dengan lancar.

"Alhamdulilah, pada hari ini sebahagian besar daripada jemaah haji Malaysia telah menyempurnakan Nafar Awwal dan telah bergerak ke Mekah.

"Insya-Allah, sebahagian besar daripada mereka ini akan membuat persediaan untuk pulang ke tanah air iaitu enerbangan pertama untuk pukang ke tanah air adalah pada 24 jun 2024", katanya ketika ditemui media di sini.

Melontar jamrah merupakan perkara wajib haji selepas bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sebelum ini, jemaah haji telah bergerak ke Arafah bermula 8 Zulhijjah untuk berwukuf yang merupakan kemuncak haji pada 15 Jun lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD