fb fb fb fb fb

Seorang penunggang melecur nahas 5 motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya KL-Karak

(FOTO JBPM)

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Seorang penunggang melecur selepas motosikalnya terbakar dalam kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi di Kilometer (KM) 26.5 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) arah ibu negara, berhampiran Kampung Sungai Chinchin dekat sini, pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata, pihaknya menerima laporan 12:41 tengah hari dan satu jentera bersama enam pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi.

"Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah motosikal jenis Honda yang terbakar seratus peratus.

(Susulan kemalangan itu, Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak menghala ke ibu negara
mengalami kesesakan teruk lebih 10 kilometer/FOTO JBPM)

"Terdapat lima mangsa kesemuanya dan salah seorang mengalami lecur akibat kebakaran. Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Norazam, kesemua mereka dibawa ke hospital berhampiran sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Susulan kemalangan itu, Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak menghala ke ibu negara mengalami kesesakan teruk lebih 10 kilometer.

Media Baharu