fb fb fb fb fb

Seorang mangsa maut dalam kebakaran kereta

SHAH ALAM, 21 Oktober- Seorang individu maut dalam kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tepi Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang, Klang dekat sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu berada di tempat pemandu dan didapati rentung 100%.

Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.27 pagi.

Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar sepenuhnya
FOTO JBPM

“Sebaik tiba 10 minit kemudian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil (nombor plat, BGN 5095) yang terbakar 100% dengan seorang mangsa turut terbakar 100% di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media Baharu