fb fb fb fb fb

Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok

SUNGAI PETANI, 26 April- Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di sini malam tadi.
 
Kejadian berlaku di hadapan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kira-kira pukul 8.42 malam.
 
Jabatan Bomba dan penyelamat negeri dalam kenyataanya, mangsa Karthigesu a/l Subramaniam, 52 tahun maut di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam kenderaannya.
 
Anggota bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan mangsa.
 
Sebelum itu, jentera bomba dan penyelamat mengalami kesukaran kerana tiang elektrik turut tumbang dan merentangi jalan raya.
 
Komander operasi juga melaporkan terdapat lebih 10 pokok tumbang di kawasan sekitar kejadian yang menyebabkan banyak kenderaan mengalami kerosakan.

Selain itu, terdapat enam buah kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok yang tumbang.
 
Operasi menebang dan  mengalihkan pokok tumbang dijalankan dengan bantuan agensi-agensi lain termasuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan anggotan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

(Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok yang tumbang)

Media Baharu