fb fb fb fb fb

Seorang lelaki mati lemas di Kampung Bukit Tumbuh

Azmi Omar

KUALA NERUS, 6 Februari- Salah seorang daripada dua sahabat karib bermain bot kawalan jauh mati lemas di Kampung Bukit Tumbuh, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.00  malam tadi.

Mayat mangsa, Ahmad Yusof Din, 24 ditemukan pada kedalaman 12 meter di dasar sungai kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian pada pukul 12.56 tengah malam tadi.

Manakala rakannya, Muhammad Danial Hafriz Abdul Halim, 26, berjaya diselamatkan orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus Azmi Omar berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan berenang untuk mengambil bot kawalan jauh yang rosak.

"Maklumat yang kita peroleh daripada keluarga mangsa, dia (mangsa) bermain bot kawalan jauh dan kemudian bot tersebut gagal berfungsi di tepi sungai berdekatan tepi jeti.

"Mangsa cuba berenang untuk mengambil bot kawalan jauh tersebut namun tidak sempat mungkin disebabkan berlaku kekejangan," kata Azmi Omar.

Mangsa cuba diselamatkan rakannya namun gagal.

Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) mengambil masa satu jam untuk mencari mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI