fb fb fb fb fb

Seorang lagi individu dikesan berkait 1MDB

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Seorang lagi individu di luar negara dikenal pasti mempunyai kaitan dengan pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan ringgit.

Ia merupakan penemuan positif susulan siasatan yang dijalankan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Dan Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata identiti individu lain itu tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu siasatan kes berkenaan.

"Ada lagi individu lain yang juga perlu diperiksa dengan lebih halus yang mendapat proceed daripada 1MDB yang sedang disiasat. Dia tidak semestinya di sini, di Malaysia ini, dia boleh berada di luar negara juga," katanya kepada pemberita di sini.

Siasatan terhadap Ng masih lagi diteruskan dan tumpuan akan diberikan kepada pemulangan aset 1MDB.

Aset-aset berkenaan berada di pelbagai lokasi dalam dan luar negara dan ia menjadi tumpuan siasatan polis.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM