fb fb fb fb fb

Semua anggota FRU terlibat nahas dibenar keluar hospital

Foto BERNAMA

IPOH, 30 Mei - Kesemua anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini akibat kemalangan di Teluk Intan 13 Mei lepas dibenarkan pulang hari ini. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata dua mangsa yang terakhir berada di HTI, iaitu Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39, dibenarkan pulang kira-kira 6 petang tadi.

“Seorang lagi mangsa, Koperal Haslizal Mohd Ali, 44, yang menerima rawatan di hospital sama telah dibenarkan pulang pada 28 Mei manakala Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32, yang menerima rawatan di HRPB pula dibenarkan pulang semalam.

“Terima kasih semua atas sokongan dan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 13 Mei lepas, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini. - BERNAMA

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN