fb fb fb fb fb

Semangat perpaduan dan patriotik perlu disemai sepanjang masa

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang di George Town/ Foto FB Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 1 Ogos - Semangat perpaduan dan patriotik perlu tersemat dalam sanubari setiap rakyat Malaysia, bukan hanya ketika Bulan Kebangsaan, sebaliknya sepanjang masa.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sikap saling menghormati, mengeratkan perpaduan dan memupuk rasa cinta terhadap tanah air merupakan elemen penting dalam menjamin keharmonian serta pembangunan negara.

"Tetapi tahun ini membawa makna yang istimewa sebab dalam menghadapi pelbagai cabaran kita memerlukan pengembelingan semangat kebangsaan menyatu padukan semua rakyat supaya sama-sama memfokus kepada pembangunan negara dan perpaduan rakyat jelata serta pembangunan sosial dan keharmonian masyarakat", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang di George Town.

Tema sambutan Hari Kebangsaa tahun ini "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni".

Usai majlis pelancaran, Chow turut melepaskan konvoi kenderaan melibatkan agensi kerajaan negeri dan swasta yang membawa mesej patriotik, dengan laluan meliputi George Town hingga ke perkarangan Stesen Kereta Api Bukit Bendera.

ROSLINA BINTI DIN