fb fb fb fb fb

Selangor terima RM8.24 juta, naik taraf dan selenggara infrastruktur awam

BANGI, 11 Julai- Selangor menerima peruntukan berjumlah RM8.24 juta daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata peruntukan membabitkan enam buah projek itu akan diberikan kepada Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

"Kita akan menyalurkan peruntukan untuk membaik pulih dan menaik taraf serta memperindah kawasan terbabit bagi mempertingkatkan keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

Penambah baikan ini bukan setakat memberikan keselesaan kepada penduduk tetapi inilah sentuhan kasih yang akan menjana ekonomi setempat dan membawa kemakmuran kepada penduduk," kata Kor Ming kepada pemberita dalam sidang media Lawatan Kerja "Program Sentuhan Kasih KPKT di Selangor.

Tambah beliau, peruntukan tersebut berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus kementerian terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.

Dalam pada itu, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.


(Menteri KPKT, Nga Kor Ming)

Media Baharu