fb fb fb fb fb

Selangor catat RM639.2 bilion nilai dagangan

Selangor kekal penyumbang terbesar KDNK negara /FOTO BERNAMA

SHAH ALAM, 21 November - Selangor terus memperkukuh kedudukannya sebagai penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan merekodkan nilai perdagangan RM639.2 bilion bagi tempoh Januari hingga September lepas.

Angka itu mencatatkan 29.9% jumlah dagangan negara.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Exco Pelaburan Selangor, Ng Sze Han berkata, peningkatan itu didorong penyertaan negara dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

"Merujuk kepada rekod jumlah eksport negara, prestasi perdagangan Selangor menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan menunjukkan impak yang positif selepas penglibatan Malaysia dalam RCEP dan CPTPP pada tahun 2022," kata Sze Han.

Selangor turut menyumbang RM264 bilion iaitu 23.7% kepada eksport negara, manakala bagi sektor import merekodkan RM375.2 bilion iaitu 36.6%.

Beliau menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada sidang dewan negeri, di sini.

Trainee