KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Dasar Orang Kurang Upaya, OKU bakal dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor November ini sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan komuniti OKU di negeri itu.
Menurut Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari, dasar yang telah dibincangkan Majlis Tindakan OKU Selangor sejak tahun lalu itu akan menjadi dokumen panduan penting kepada semua pihak berkepentingan.
"Jadi itu rancangan kami untuk kita perluaskan lagi dasar itu yang akan mengambil kira dari segi kebajikan dari segi pendidikan sepanjang hayat, kebolehcapaian pekerjaan dan juga advokasi dan promosi", katanya ketika ditemui selepas temubual khas segmen 'Kita Selangor' di Selangorfm, Angkasapuri, hari ini.
Jelas beliau, Dasar OKU ini turut memberi penekanan kepada penyediaan kemudahan mesra OKU termasuk ruang, laluan dan premis yang mudah diakses khususnya oleh pihak berkuasa tempatan .