KUALA LUMPUR, 24 Januari - Sebanyak 66 kilang ataupun syarikat perkayuan terjejas akibat banjir, baru-baru ini.
Pengerusi Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia (MTIB), Datuk Hishamuddin Abdul Karim berkata musibah yang berlaku mengakibatkan kerugian mencecah RM10.65 juta.
Akibat bencana itu juga, bangunan kilang, mesin serta stok bekalan kayu rosak menyebabkan permintaan pelanggan tidak dapat dipenuhi.
"Kebiasaanya banjir pada penghujung tahun berlaku di pantai timur, apa yang berlaku pada kali ini agak berlainan sedikit. Apabila banjir berlaku pada kawasan yang tidak sepatutnya kita tak pernah fikir.
"Kita dapati 66 kilang atau syarikat perkayuan terlibat. Kerosakan fizikal bangunan telah berlaku, kerosakan mesin, stok bekalan kayu dan produk bekalan kayu juga terlibat," katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia.