Sektor pelancongan perubatan negara kekal jadi tumpuan pesakit asing

Gambar hiasan / Foto Bernama

BAYAN BARU, 18 Mei – Malaysia kekal menjadi destinasi pelancongan perubatan yang menawarkan kos rawatan kompetitif dan perkhidmatan berkualiti, disokong peningkatan permintaan daripada pesakit asing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hospital swasta di Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang menarik pesakit asing kerana kos rawatan berpatutan.
  • Pelancongan perubatan kekal kukuh walaupun kerajaan mengenakan SST enam peratus ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta.
  • Hasil kutipan SST daripada sektor penjagaan kesihatan disalurkan ke Kumpulan Wang Disatukan untuk sokong perbelanjaan fiskal kerajaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, hospital swasta di Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang terus menarik minat pelancong asing untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan pada harga berpatutan.

“Kami masih melihat pelancong terus datang ke negara ini, dan pelancongan perubatan juga masih kukuh. Jika anda ke Hospital Island saya rasa ramai pesakit di hospital tersebut sebenarnya datang dari luar negara.

Ini kerana Malaysia masih menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berpatutan di dalam negara, termasuk di Johor, hospital swasta di Lembah Klang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Intel Pelican di sini.

Tambahnya, prestasi ini kekal stabil meskipun kerajaan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta.

Beliau berkata, hasil kutipan SST daripada sektor penjagaan kesihatan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi menyokong keseluruhan perbelanjaan fiskal kerajaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.