fb fb fb fb fb

Sektor agrokomoditi sumbang RM204 bilion tahun lalu - Zuraida

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Sumbangan sektor agrokomoditi kepada pendapatan negara mencatatkan peningkatan hampir 50 peratus pada tahun lalu berbanding 2020.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, secara keseluruhan sebanyak RM204 bilion berjaya dicapai menerusi hasil sektor tersebut.

Justeru, pihaknya komited untuk meneruskan momentum tersebut bagi memastikan sektor agrokomoditi negara terus memacu penjanaan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.

"Dan untuk ketika ini sawit sahaja telah menunjukkan peningkatan suku pertama sebanyak 50 peratus dan getah telah menunjukkan peningkatan dalam suku pertama sebanyak 48 peratus, jadi ini menunjukkan bahawa industri getah, sawit dan lain-lain juga mereka menunjukkan prestasi yang meningkat,"katanya.

Pihaknya juga telah melakukan pembangunan pemasaran dengan menjelajah ke 16 buah negara dalam tempoh empat bulan bagi meluaskan pasaran dan mempromosikan produk agrokomoditi negara.

Beliau menjawab soalan senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar.


(Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin)

 

Media Baharu