fb fb fb fb fb

Sektor agrikomoditi negara dijangka berdepan cabaran tahun depan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

PUTRAJAYA, 5 Disember- Sektor agrikomoditi negara dijangka berdepan beberapa cabaran tahun depan membabitkan peraturan baharu di peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata sektor tersebut akan berdepan dengan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) terhadap komoditi kepada Kesatuan Eropah (EU).

"Ini menjadi cabaran kepada kita disamping peraturan-peraturan baharu yang perlu kita patuhi yang diperkenalkan oleh negara pengeksport pengimport produk-produk kita. Jadi menyedari keadaan ini, apa yang kita hendak fokuskan ialah bagaimana kita hendak meluaskan pasaran produk-produk kita di negara-negara lain, selain daripada negara yang biasa mengimport produk-produk kita untuk kita kembangkan", katanya.

Tambah beliau , pihaknya akan berbincang dari semua sudut untuk mencari langkah bagi meningkatkan pengeluaran rangkaian produktiviti produk hiliran dengan lebih berkualiti.

Sementara itu, beliau juga turut memaklumkan sektor agrikomoditi, setakat September telah menyumbang sebanyak lima peratus iaitu sebanyak RM60 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KNDK).

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Agrikomoditi Negara (HAKN) di Putrajaya.

ROSLINA BINTI DIN