fb fb fb fb fb

Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat

(FOTO APM)

SEGAMAT, 12 Disember- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Segamat, Johor, pada pukul 12.00 tengah hari tadi, menjadikan dua PPS aktif di daerah tersebut, setakat 2.00 petang tadi.

Jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 34 orang daripada 11 keluarga, dari tiga buah kampung.

PPS terbabit, PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan PPS Balai Raya Kampung Kuala Paya melibatkan kawasan Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu Lima serta Kampung Kuala Paya.

Sementara itu, paras Sungai Muar berhampiran Kampung Awat, Segamat telah turun kepada aras amaran, iaitu 19.85 meter, manakala paras Sungai Muar di Buloh Kasap, kekal pada aras amaran, 8.95 meter.


(FOTO APM)

Media Baharu