fb fb fb fb fb

Sarawak contoh negeri maju tanpa bergantung sepenuhnya pada Kerajaan Pusat- PM Anwar

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri), dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) / Foto BERNAMA

KUCHING, 19 April-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji peranan yang dimainkan Sarawak dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara terutamanya dalam bidang pendidikan, tenaga dan pembangunan gas.

Menurutnya, kestabilan politik di Sarawak menjadikannya sebagai antara negeri yang mampu membangunkan pelbagai projek melalui dana sendiri.

"Satu-satu negeri yang memberi peruntukan dari dana negeri membangunkan infrastruktur berbanding negeri-negeri lain. Ini adalah Sarawak saya tabik", katanya demikian pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Stadium Perpaduan, Petrajaya di sini.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan semua projek baik pulih dan bina semula sekolah kebangsaan dan menengah di Sarawak yang diluluskan perlu disegerakan. Kebangsaan dan Menengah di Sarawak yang diluluskan perlu disegerakan.

Jelasnya, pembangunan sekolah merupakan keperluan mendesak dan rakyat mahu pelaksanaannya dipercepatkan di Sarikei, Mukah, Daro, Sri Aman dan Saratok..

"Saya minta semua projek ini jangan dilengahkan. Ia mesti dilaksanakan secepat mungkin kerana rakyat mahu projek ini disegerakan," katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD