fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Kebangsaan kembali diadakan di Dataran Merdeka

(Sambutan Hari Kebangsaan kembali diadakan di Dataran Merdeka)

PUTRAJAYA,17 Ogos- Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan kembali diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perarakan bakal turut melibatkan wira dan wirawati sukan negara termasuk pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi dilantik sebagai pembaca ikrar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata konsep sambutan tahun ini selari dengan teras utama konsep ‘Keluarga Malaysia’ iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

(Tan Sri Annuar pada sidang media di Kementeriannya/BERNAMA)

"Ini termasuklah keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong yang akan berangkat menaiki kereta kuda yang kali terakhir kita dapat melihat acara tersebut kira-kira 17 tahun lalu, pada tahun 2005. Ini adalah perarakan khusus keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia penuh istiadat," kata Annuar dalam sidang media di sini.

Sambutan bakal diserikan dengan perarakan kereta antik yang membawa 30 tokoh negara dan selebriti tanah air.

Selain itu, buat julung kalinya Upacara Menaikkan Jalur Gemilang dengan alunan muzik lagu Negaraku akan diiringi Orkestra RTM.

Media Baharu