fb fb fb fb fb

Sambutan Deepavali berkonsep Keluarga Malaysia di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 21 Oktober- Sambutan Deepavali terus disantuni menerusi konsep Keluarga Malaysia dengan bantuan kepada 200 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Deepavali atau Pesta Cahaya amat sinonim dengan orang Hindu, tetapi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil pendekatan berbeza dengan meraikan semua kaum dan bangsa di negeri ini.

Kelab Anak-Anak Pulau Pinang menyampaikan bantuan berupa hamper kepada 200 orang terdiri daripada orang Melayu, Cina, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Majlis pemberian hamper kepada golongan tidak berkemampuan itu disantuni Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Kelab Anak-Anak Pulau Pinang menyampaikan bantuan hamper kepada 200 orang terdiri
daripada orang Melayu, Cina, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Perbezaan agama menjadi intipati penting dalam mengeratkan lagi silaturahim antara semua agama dan menyatupadukan anggota masyarakat selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Media Baharu