HULU LANGAT, 6 Mei - Jelajah Kita Selangor Aidilfitri diteruskan minggu ini dengan 10,0000 pengunjung hadir memeriahkan Rumah Terbuka negeri Selangor di Tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, malam tadi.
Program bermula pukul 8 malam sehingga 11 malam itu diserikan dengan kehadiran Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim.
Pada majlis ini, Izham menyampaikan duit raya kepada 500 orang kanak-kanak.
Malah, beliau turut meluangkan masa mengunjungi 13 gerai yang menghidangkan pelbagai juadah raya antaranya kambing bakar, lemang, rendang, sate dan apam balik.
(Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor, Ir Izham Hashim menyampaikan
duit raya kepada kanak-kanak)
Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis, Pija Mentor dan Pentarama.
Selain itu, penduduk Hulu Langat berpeluang mendaftar Program Iltizam Selangor Penyayang pada program malam tadi.
Pada hari ini, program Jelajah Kita Selangor Penyayang akan berlangsung di daerah Petaling di Tapak Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh pukul 11 pagi ini.
Manakala esok, akan diadakan di daerah Kuala Langat di Taman Perwira Sijangkang.