fb fb fb fb fb

Sambutan 100 Tahun Koperasi: Sejuta pokok akan ditanam dalam tempoh dua tahun

(Noh Omar)

SHAH ALAM, 17 Julai- Sejuta pokok akan ditanam di seluruh negara bersempena Bulan Koperasi Kebangsaan dan Sambutan 100 Tahun Koperasi.

Usaha itu akan dilaksana dalam tempoh dua tahun sehingga 2023.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar inisiatif berimpak tinggi itu melibatkan lebih 14,000 buah koperasi yang mempunyai kira-kira 7 juta ahli.

"Badan koperasi yang bukan saja terlibat dalam kegiatan keusawanan tetapi juga memberikan sokongan kepada kehijauan negara dan persekitaran alam sekitar.

"Hanya yang kita minta, kita sedia maklum bahasa kuasa mengenai tanah reserve dan juga tanah kerajaan ini ialah kuasa kerajaan negeri, seperti mana yang kita harap generasi hari ini tanam, esok sudah jadi kondo pulak kawasan itu, " katanya.

(Noh pada Pelancaran Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok sempena
Bulan Koperasi Kebangsaan dan Sambutan 100 Tahun Koperasi di Taman Botani Negara Shah Alam Bukit Cahaya Seri Alam)

Beliau menyatakan demikian pada Pelancaran Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok sempena Bulan Koperasi Kebangsaan dan Sambutan 100 Tahun Koperasi di Taman Botani Negara Shah Alam Bukit Cahaya Seri Alam, di sini hari ini.

Tambah Noh, program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok itu merupakan inisiatif Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), yang diiktiraf kerajaan dalam mengintergrasikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Media Baharu