fb fb fb fb fb

Sabah perlu peruntukan besar, naik taraf fasiliti kesihatan - Hajiji

KOTA KINABALU, 10 April- Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini.

Hajiji diberi taklimat program dan projek pembangunan kesihatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan di Sabah.

Dalam pada itu, Hajiji meminta Kementerian Kesihatan memberi keutamaan kepada Sabah daripada segi agihan peruntukan pembangunan dan menaik taraf fasiliti kesihatan di negeri itu.

Katanya, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik terbanyak di Malaysia namun kebanyakannya berada dalam keadaan usang serta daif.

(Foto hiasan)

“Sabah amat memerlukan agihan peruntukan pembangunan yang saksama dan lebih besar berbanding negeri-negeri lain, termasuk untuk pembinaan baharu dan menaik taraf infrastruktur dan fasiliti kesihatan sedia ada di negeri ini,” menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Media Baharu