RUU URA perlu diperhalusi sebelum dibentang semula – UMNO

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Januari – UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) di parlimen.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, parti tersebut tidak menentang pembangunan bandar, namun berpandangan RUU tersebut perlu diperbaiki dan ditambah baik sebelum dibentangkan semula di Parlimen.

Menurut beliau, beberapa pindaan penting perlu diperhalusi selaras dengan cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Jawatankuasa berkenaan telah mengadakan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu, yang meluluskan 14 syor penambahbaikan terhadap RUU tersebut”, jelasnya dalam kenyataan.

Tegasnya, RUU URA hanya wajar dibentangkan semula dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira sepenuhnya.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan