fb fb fb fb fb

Rumah Terbuka Malaysia Madani santuni rakyat Kedah

(FOTO RTM)

ALOR SETAR, 27 April-Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang akan diadakan di Kedah Sabtu ini menunjukkan hubungan baik kerajaan negeri dan Persekutuan.

Selain itu, ia juga sebagai penghormatan kepada rakyat negeri itu meski ditadbir oleh pembangkang.

Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Wira Mahfuz Omar berkata penganjuran Rumah terbuka di negeri berkenaan dijangka menerima sambutan luar biasa daripada rakyat.

"ini peluang keemasan untuk rakyat negeri Kedah.Bagi saya, tidak timbul soal pembaziran bagi kerana sekiranya rakyat Kedah ingin ke Rumah Terbuka di Seri Perdana, mereka terpaksa mengeluarkan kos besar.

"Kali ini Perdana Menteri dan jemaah menteri mengeluarkan kos untuk ke Kedah. Jadi saya harap masyarakat Kedah akan beramai-ramai hadir meraikan rumah terbuka ini", katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu di Konti Radio Kedahfm di sini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh mengucapkan terima kasih kerana memilih Kedah untuk sambutan berkenaan selain mengalu-alukan kehadiran semua rakyat bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.

"Selain meraikan hari kemenangan kita, ini juga adalah peluang terbaik buat rakyat bagi berjumpa pimpinan utama negara", katanya.

Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri bermula di Kedah pada Sabtu ini bertempat di Hotel Raia Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Penganjuran rumah terbuka itu akan diteruskan di lima lagi lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan berakhir di Selangor.


(Pengerusi Bersama Gabungan Parti Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Wira Mahfuz
Omar)

 

 

 

Media Baharu