fb fb fb fb fb

JKDM berjaya mematahkan empat kes seludup diesel di Kedah, Perlis

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 27 April- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan empat kes penyeludupan minyak diesel di Kedah dan Perlis sehingga Mac 2023.

Ini meliputi tiga kes di Perlis dengan jumlah rampasan sebanyak 4,340 liter diesel bernilai lebih RM9,000.00.

Manakala di Kedah sebanyak satu kes dengan jumlah rampasan 83,000 diesel bernilai lebih RM209,000.00.


(JKDM berjaya mematahkan empat kes penyeludupan minyak diesel di Kedah dan Perlis
sehingga Mac 2023/Foto fail)

Melalui kenyataan, JKDM memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama erat dengan Kastam Thailand dalam mengekang aktiviti penyeludupan minyak diesel ke negara jiran.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perlis juga telah mengeluarkan larangan bagi pengisian minyak diesel dan petrol bersubsidi bagi kenderaan berpendaftaran Thailand.

JKDM telah memperketatkan keperluan dokumen yang lengkap terutamanya kes-kes lori yang mengeksport minyak itu.

Dalam pada itu, JKDM sedang dalam rangka menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) operasi bersama Kastam Thailand supaya lebih tersusun dan terancang berdasarkan maklumat risikan dan pemantauan.

Media Baharu