fb fb fb fb fb

Mat Libya meninggal dunia

KANGAR, 27 April- Mantan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Datuk Ahmad Yusuf Amin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ahmad Jusoh@ Mat Libya meninggal dunia awal pagi tadi.

Beliau dilahirkan pada tahun 1942 dan kini berusia 81 tahun.

Beliau diperkenankan menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sejak zaman pemerintahan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Allahyarham dikenali sebagai panglima dan pendakwah tersohor Perlis.

Jenazah disolatkan di Masjid Tuanku Syed Putra selepas solat Asar dan akan dibawa ke MakamĀ Diraja Lama Arau sejurus selesai solat jenazah untuk majlis pengebumian.


(Beliau dilahirkan pada tahun 1942 dan kini berusia 81 tahun)

Media Baharu