KOTA KINABALU, 30 Jun - Dua wartawan RTM Sabah merangkul hadiah utama pada Malam Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2025 yang berlangsung malam tadi.
Magdalena Depol memenangi Anugerah Kewartawanan Penyiaran menerusi Laporan bertajuk “ Hari Sabah : Diwartakan sempena capai Kemerdekaan Rasmi”.
Manakala Iswadiman Shamsuddin memenangi kategori Anugerah Laporan Perniagaan dan Ekonomi dengan laporan bertajuk “Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) -Pelbagai Sektor mula tunjuk pertumbuhan Positif”.
Dalam ucapan yang disampaikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Noor menasihatkan petugas media agar menjalankan tugas dengan penuh integriti, berprinsip dan bertanggungjawab.
Katanya, media memainkan peranan penting menyampaikan dasar kerajaan secara jelas dan berkesan kepada rakyat.
Media juga berfungsi sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat, selain melaporkan suara akar umbi dan mengetengahkan isu semasa yang perlu diberi perhatian.
Beliau turut menegaskan, dalam konteks pembangunan negeri, kerjasama media penting untuk menjayakan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Beliau turut meminta agar media kekal menjadi penyampai maklumat yang sahih, cepat dan dipercayai masyarakat.