RTM terima penghargaan UPM dalam usaha kelestarian alam

Sesi bergambar Sesi Dialog bertajuk Dana Inovasi Sosial Solid Waste serta Majlis Perasmian Penutup Dana Inovasi Sosial anjuran Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar yang diadakan di Serdang, Selangor.

SERDANG, 20 Januari – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima penghargaan daripada Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) atas usaha berterusan dalam memperkasa penyebaran ilmu dan kesedaran awam berkaitan kelestarian alam sekitar.

RINGKASAN BERITA AI
  • RTM disiarkan program pemuliharaan alam sekitar berterusan di TV, radio dan media sosial.
  • Siaran menonjolkan inisiatif UPM dalam komuniti berteraskan kelestarian dan ekonomi kitaran.
  • Projek di Sungai Lui fokus pengurusan sisa agri-makanan dengan anaerobic digestion dan permakultur integratif.
  • Penghargaan disampaikan semasa Sesi Dialog Dana Inovasi Sosial dan majlis penutup anjuran fakulti UPM.

UPM menerusi kenyataan memaklumkan, antara usaha yang dilaksanakan RTM ialah menyiarkan program berkaitan pemuliharaan alam sekitar secara berterusan di saluran televisyen dan radio serta platform media sosial.

Terbaharu, RTM telah menyiarkan program berkenaan inisiatif UPM membantu pemuliharaan alam sekitar melalui pembangunan komuniti berasaskan kelestarian alam sekitar dan ekonomi kitaran.

Usaha UPM dengan bantuan melalui berapa pihak termasuk Pusat pengurusan Penyelidikan (RMC ) UPM dan Komuniti Penduduk Sungai Lui itu telah disiarkan menerusi Program Agrotek di TV1 yang telah bersiaran pada 29 Oktober 2025 yang lalu.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM yang juga Pengurus Projek, Dr Muhammad Heikal Ismail, projek yang telah dilaksanakan di Ekar Lui, Sungai Lui, Selangor selama tempoh 12 bulan bermula awal 2025 itu memberi fokus kepada pengurusan sisa agri-makanan secara lestari melalui teknologi ‘anaerobic digestion’ serta penerapan amalan permakultur integratif.

Ia dilaksanakan melalui geran Dana Inovasi Sosial yang disediakan RMC berjumlah kira-kira RM100,000.

Selain membantu menjayakan projek kelestarian alam sekitar yang dilaksanakan penduduk, pada masa yang sama ia memberi pendedahan kepada para pelajar UPM yang terlibat dalam projek tersebut.

Penghargaan itu diadakan bersempena Sesi Dialog bertajuk Dana Inovasi Sosial Solid Waste serta Majlis Perasmian Penutup Dana Inovasi Sosial anjuran Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar yang diadakan di Serdang Selangor.

Penghargaan disampaikan oleh Timbalan Pengarah RMC Prof Madya Ts Dr Mohammad Faizal Ibrahim kepada wakil RTM, Nor Fadillah Ahmad Mawawi.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan