fb fb fb fb fb

RTM organisasi pertama terima ISO/IEC 27001, ISO/IEC 27701

Foto Facebook CyberSecurity Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) merupakan organisasi pertama di Malaysia menerima pensijilan bawah Skim Pengurusan Maklumat Privasi (PIMS) yang dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia.

Menurut satu hantaran CyberSecurity Malaysia di facebook, RTM selaku peneraju bakal menerima dua sijil penting, iaitu ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 27701 sekali gus menjadikan ia organisasi pertama di Malaysia mencapai dua pengiktirafan bawah skim tersebut.

"Tahniah diucapkan kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) atas komitmen dalam memastikan pengurusan maklumat privasi yang terbaik sekali gus menempatkan RTM pada landasan yang kukuh untuk mematuhi standard antarabangsa dalam bidang keselamatan maklumat.

"Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah mengikuti semua prosedur yang diperlukan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan audit. Harapan kami agar hasil dari pengurusan maklumat privasi yang cemerlang ini akan memberi manfaat positif kepada semua pihak yang terlibat termasuk para penonton setia RTM," kata hantaran itu.

Satu audit pensijilan bawah Skim Pengurusan Maklumat Privasi (PIMS) telah dilaksanakan pada 19 sehingga 21 Februari lalu oleh CyberSecurity Malaysia bersama RTM, di Angkasapuri Kota Media.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI