fb fb fb fb fb

RTM jalin kerjasama dengan Jakel

 



KUALA LUMPUR, 31 Januari- Radio Televisyen Malaysia RTM dan syarikat tekstil gergasi terkemuka negara, Jakel buat julung kalinya mengadakan kerjasama strategik melalui perjanjian yang dimeterai bagi penajaan pakaian ikon Berita Perdana RTM.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerjasama ini sebagai usaha mempertingkatkan imej stesen RTM, dalam masa yang sama memberi wajah baru kepada dunia penyiaran melalui fesyen dengan pakaian tajaan Jakel.

"Telah banyak transformasi yang dilakukan oleh RTM dalam pelbagai sudut malah masa ini tak salah saya katakan bukan sahaja mengekalkan saluran penyiaran yang ada kewibawaan tapi lebih dipercayai sahih dah sabagainya tapi mempunyai gaya persembahan yang cukup menarik tak kurang dari stesen lain," kata Annuar.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kerjasama Antara Kumpulan Jakel dan RTM di ibu negara.

Kerjasama ini juga sebahagian daripada usaha transformasi komponen Berita dan Ehwal Semasa.

Ini termasuk penambahbaikan kepada kandungan berita, penyampaian, dan penampilan personaliti penyampai RTM.

Kerjasama ini mengambil masa selama enam bulan dan pakaian tajaan mula diperagakan bermula 3 Februari 2022 setiap hari 8 malam di saluran TV1 dan TV2.

Media Baharu