fb fb fb fb fb

JPJ Johor tahan tujuh individu positif dadah dalam Op TBC 2022


JOHOR BAHRU, 31 Januari- Enam lelaki dan seorang wanita berumur antara 25 hingga 37 tahun, ditahan selepas didapati positif dadah menerusi Operasi Tahun Baru Cina (TBC) 2022 di Plaza Tol Skudai, di sini, petang tadi.

Operasi melibatkan 170 anggota penguat kuasa itu turut menumpukan kepada penunggang motosikal, selain pemeriksaan di lapan depoh bas termasuk di Terminal Larkin Johor Bahru dan Terminal Bentayan, Muar.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, sejak semalam, 148 saman dikeluarkan, manakala 212 tindakan diambil, hasil pemeriksaan keatas 1,281 motosikal.

Kesalahan paling tinggi dikesan adalah tiada lesen memandu.

Operasi TBC itu dijalankan di seluruh Johor, bermula 25 Januari hingga 8 Februari.

Media Baharu