fb fb fb fb fb

RTM di landasan tepat ke arah transformasi pendigitalan

(Dr Azlina ditemui selepas menyampaikan taklimat Pelan Strategik RTM
2021-2025 Zon Selatan di Auditorium Permata Sari, RTM Johor)

JOHOR BAHRU, 13 Oktober- Radio Televisyen Malaysia (RTM) berada di landasan tepat menuju transformasi pendigitalan berpandukan kepada Pelan Strategik Jabatan Penyiaran, 2021-2025.

Ia jelas terbukti dengan peningkatan pendapatan beberapa stesen radio RTM termasuklah JohorFM yang mencatat pertambahan 100% sejak ia dilaksana secara berfasa tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Perancangan Strategik, Dr Azlina Daud berkata pelaksanaan pelan berkenaan yang masuk tahun kedua, akan terus memastikan RTM tetap konsisten dalam menyempurnakan tanggungjawab menyebarluaskan maklumat dan berita ke seluruh negara.

"Berpandukan kepada pelan strategik ini warga kerja RTM.. tahu apa yang harus dilakukan. Maksudnya kita tidak bekerja secara teraba-raba, tidak bekerja dalam kegelapan. Kita telah ada panduan dan hala tuju untuk mencapai apa yang kita kehendaki dan telah terbukti dengan pencapaian kita melebihi daripada apa yang kita hasratkan," kata Dr. Azlina selepas menyampaikan taklimat Pelan Strategik RTM 2021-2025 Zon Selatan di Auditorium Permata Sari, RTM Johor di sini.

(Dr Azlina berkata RTM di landasan tepat ke arah transformasi pendigitalan)

Beliau turut menyampaikan Buku Pelan Strategik kepada Pengarah RTM Melaka, Mohd Yusni Mohamed Ali dan Pengarah Negeri Sembilan, Kamal Roslim.

Kira-kira 50 warga kerja RTM Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menghadiri taklimat berkenaan.

Media Baharu